Kerjaya kelab Suso (pemain bola sepak)

Liverpool

Suso pada mulanya telah menyertai Liverpool Academy secara pinjaman sehingga beliau berjaya memperoleh permit untuk beraksi bersama mereka. Pada 19 November 2010, beliau menyambut ulang tahun ke-17 kelahirannya dengan menandatangani kontrak bersama pasukan Reds.[3][4] Suso melakukan penampilan pertamanya untuk skuad Liverpool dalam perlawanan pra-musim menentang Borussia Mönchengladbach pada 1 Ogos. Beliau juga beraksi dalam perlawanan amal Jamie Carragher pada 4 September. Untuk menghadapi perlawanan-perlawanan kompetitif, beliau segera diletakkan ke dalam pasukan simpanan dan Academy. Untuk musim 2010–11, beliau telah beraksi dalam 17 perlawanan dan meledak tiga biji gol. Pada musim seterusnya, beliau menjaringkan lima gol di dalam 17 perlawanan.

Suso menjalani latihan bersama Liverpool pada 2012.

Pada 20 September 2012, Suso melakukan penampilan sulungnya untuk Liverpool dalam perlawanan Liga Europa menentang Young Boys. Beliau beraksi penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris pada tiga hari kemudian ketika menentang Manchester United. Beliau mempamerkan prestasi yang menakjubkan dengan berjaya melengkapkan hantaran bola biarpun Liverpool tewas pada perlawanan tersebut. Beliau seterusnya beraksi dalam perlawanan Liverpool yang seterusnya iaitu menentang West Bromwich Albion dalam perlawanan Piala Liga Inggeris. Beliau seterusnya diletakkan ke dalam kesebelasan utama bagi menghadapi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Norwich City pada 29 September. Beliau telah membuat hantaran kepada Luis Suárez untuk menjaringkan gol ketiga peribadi.[5]

Pada 19 Oktober 2012, Suso menandatangani kontrak lanjutan bersama Liverpool dan beliau menerima pujian oleh pengurus Brendan Rodgers kerana "kematangan dan komitmen dirinya."[6]

Pada 18 Disember 2012, Suso telah didenda sebanyak £10,000 kerana kenyataan yang dibuatnya kepada rakan sepasukannya di Liverpool, José Enrique menerusi laman Twitter, di mana Persatuan Bola Sepak Inggeris menganggap ia berunsur homofobia.[7] José Enrique membalas hukuman tersebut dengan menyatakan ia hanyalah gurauan semata-mata.[8]

Pada 25 Februari 2013, setelah digugurkan daripada skuad utama setelah pembelian Daniel Sturridge dan Philippe Coutinho, Suso beraksi dengan hambar untuk pasukan bawah-21 menentang Manchester United. Perlawanan berkesudahan Manchester United menang 1-0 menentang pasukan Liverpool yang jauh lebih unggul dibintangi Raheem Sterling, Andre Wisdom dan Jonjo Shelvey.[9]

Almería (pinjam)

Pada 12 Julai 2013, Suso dipinjam ke kelab La Liga, Almería selama satu musim. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 19 Ogos ketika menentang Villarreal.[10]

Pada 21 September, Suso menjaringkan gol sulungnya di liga tertinggi ketika menentang Levante.[11] Pada 30 Oktober, beliau membantu pasukannya untuk menamatkan kemarau kekalahan sepanjang lima perlawanan berturut-turut dengan berjaya menewaskan Valencia 1-2.[12]

Pada 2 November, Suso membuat hantaran lintang kepada Rodri untuk menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Real Valladolid.[13] Pada hujung bulan tersebut, Suso menghasilkan gol keduanya untuk Almerika ketika pasukannya kecundang 1-3 kepada Celta de Vigo.[14] Beliau juga dikenakan denda kerana terlepas sesi latihan gara-gara tidur berlebihan.[15]

Suso kemudiannya diletakkan di bangku simpanan bagi perlawanan seterusnya menentang Real Betis, Granada, Athletic Bilbao dan Villarreal,. Beliau kembali ke kesebelasan utama pasukan pada 26 Januari pada tahun berikutnya ketika menentang Getafe.[16]

Kembali ke Liverpool

Suso kembali semula ke Liverpool ketika pasukannya memulakan kempen Liga Juara-Juara pada 16 September 2014 ketika menentang wakil Bulgaria, Ludogorets Razgrad walaupun khidmatnya tidak digunakan.[17] Seminggu kemudian iaitu dalam perlawanan Piala Liga Inggeris menentang Middlesbrough, beliau telah menggantikan Lazar Marković pada minit ke-98 dan menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool selepas 11 minit beraksi. Beliau berjaya menyudahkan tendangan penalti di dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 2-2. Liverpool akhirnya memenangi perlawanan tersebut hasil keputusan 14–13 menerusi penentuan penalti.[18]

Milan

Musim 2014–15

Pada 12 Januari 2015, Suso menandantangani kontrak empat tahun bersama Milan setelah kontraknya bersama Liverpool akan tamat pada Julai 2015.[19] Beliau akan menyertai Rossoneri dengan segera setelah Riccardo Saponara menyertai Empoli secara pinjaman sehingga penghujung musim. Oleh kerana pembatalan kontrak Suso bersama Liverpool, Milan membayar pampasan sebanyak €1.3 juta kepada Liverpool.[20]

Suso melakukan penampilan sulungnya pada 27 Januari dalam perlawanan suku akhir Coppa Italia apabila beliau menggantikan Michelangelo Albertazzi menentang Lazio.[21] Penampilan sulungnya di Serie A hadir pada 4 April apabila Milan berjaya menewaskan Palermo 2-1.[22] Pada 15 Mei, beliau melakukan hantaran kepada Alex untuk menjaringkan gol ketika pasukannya tewas 3-2 kepada Sassuolo. Dalam perlawanan tersebut juga, beliau dilayangkan kad merah setelah mengenakan faul ke atas Francesco Magnanelli.[23]

Dipinjam ke Genoa

Selepas Siniša Mihajlović menggantikan Filippo Inzaghi sebagai ketua jurulatih Milan yang baru, Suso tidak dapat merebut tempat di dalam kesebelasan utama Milan setelah hanya melakukan dua kemunculan. Beliau seterusnya dipinjam ke Genoa semasa jendela perpindahan Januari.[24]

Pada 4 Januari 2016, Suso menyertai Genoa secara pinjaman sehingga penghujung musim. Beliau telah diberi jersi bernombor 17. Pada 3 April, setelah hanya menjaringkan satu gol di dalam 12 perlawanan, beliau menjaringkan hatrik pertamanya ketika menewaskan Frosinone 4-0.[25] Beliau merupakan pemain Sepanyol pertama yang menjaringkan hatrik di Serie A Itali sejak Luis Suárez untuk Internazionale ketika menentang Genoa pada 1963.

Musim 2016–17: Kembali ke Milan

Suso beraksi untuk Milan pada 2016

Setelah dipinjamkan ke kelab luar kerana jurulatih Milan pada masa itu iaitu Siniša Mihajlović tidak yakin akan kebolehan Suso, beliau mula mendapat minit permainan yang lebih banyak di bawah kendalian pengurus baru, Vincenzo Montella. Setelah mempamerkan persembahan yang cemerlang pada aksi pra-musim dan perlawanan pembukaan Serie A, beliau menjadi tonggak utama Milan pada musim itu.[26] Suso menjaringkan gol pertama Milan di Serie A dalam perlawanan kedua liga ketika menentang Napoli.[27] Pada 16 September 2016, beliau melakukan hantaran kepada jaringan gol oleh Carlos Bacca semasa menentang Sampdoria.[28] Beliau juga membuat hantaran kepada Manuel Locatelli untuk menjaringkan gol tunggal permainan semasa menewaskan Juventus pada 22 Oktober.[29] Beliau membantu Milan untuk meraih kemenangan ke atas Palermo pada 6 November dengan menjaringkan satu gol dan melakukan satu hantaran gol.[30] Pada musim berikutnya, beliau menjaringkan gol dalam pertembungan menentang musuh tradisi, Inter Milan.[31] Pada perlawanan seterusnya, beliau memainkan peranan penting dalam kemenangan Milan ke atas Empoli 4–1 apabila beliau mencipta satu gol dan dua hantaran gol.[32]

Pada 23 Disember 2016, Suso melakukan hantaran kepada jaringan gol penyamaan permainan oleh Giacomo Bonaventura dalam aksi Supercoppa Italiana menentang Juventus. Seterusnya, beliau menyudahkan tendangan penalti dalam penentuan penalti yang menyaksikan Milan menang 4–3.[33]

Suso menghabiskan musim 2016-17 dengan menghasilkan tujuh gol dan sembilan hantaran gol sekali gus menjadikannya sebagai pemain yang melakukan hantaran gol terbanyak.[34]

Musim 2017–18

Suso memulakan musim 2017–18 dengan melakukan hantaran kepada jaringan gol Patrick Cutrone sebelum beliau sendiri menjaringkan gol ketika menentang Crotone.[35] Pada 14 September, beliau menjaringkan gol memukau dari jarak jauh semasa menentang Austria Wien. Jaringan gol tersebut merupakan gol pertamanya untuk Milan bagi perlawanan Eropah.[36]

Pada 25 September 2017, Suso menandatangani kontrak baru bersama Milan yang meletakkan beliau sebagai pemain Milan sehingga tahun 2022.[37]

Rujukan

WikiPedia: Suso (pemain bola sepak) http://www.acmilan.com/it/teams/roster_player/1190... http://www.bdfutbol.com/en/j/j19975.html http://espnfc.com/en/report/373011/report.html?soc... http://espnfc.com/en/report/373067/report.html?soc... http://espnfc.com/en/report/373104/report.html?soc... http://espnfc.com/en/report/373107/report.html?soc... http://espnfc.com/en/report/373173/report.html?soc... http://espnfc.com/en/report/373216/report.html?soc... http://www.espnfc.com/club/ac-milan/103/blog/post/... http://www.goal.com/en-gb/match/milan-vs-lazio/198...